walaupun aku sering tewas melawan nafsu.. aku masih cuba memperbaiki diri, setapak demi setapak.. aku masih lagi diriku yang dulu.. cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.. aku sentiasa merindukan Allah..
alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan mnghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sndirian jauh dari manusia yang lain supaya aku dekatiNya, supaya aku luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. jika gembira hati ini, semua datang darinNya, jika brat hati ini kepada di jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah.
dalam hadith qudsi Allah berfirman:-
"pergilah pada hambaku lalu timpakanlah ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya"
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)
bukan mudah untuk memahami sepotong ayat ini. aku bersyukur kerana aku diantara hambaNya yang trpilih untuk diberi ujian. Dari ujian inilah aku mencuba untuk memperbaiki diri. kerana aku tak mahu aku hanya mencarinNya dikala aku kesusahan.
0 comments :
Post a Comment