Datang bulan, atau haid, atau period adlh satu kemestian bgi setiap perempuan normal yg dah sexually mature (mencapai akil baligh) .. event perempuan tu tak normal mksud aku tak waras la .. still datang bulan jugak .. hehe .. dlm proses datang bulan, psikology wanita adlh satu perkara yg sangat abstrak dan subjektif .. byk perkara tak dpt nak di "explain" menggunakn logik akal .. bg kaum lelaki, anda semua haruslah bersedia apabila nak berdepan dengan kerenah perempuan yg abstrak seperti berikut :
*jeng jeng jeng , haha
SEDIH TAK TENTU PASAL ini adlh satu simptom yg biasa bg perempuan time tgh period .. Women are complex creatures .. Mereka tidak memerlukan sebab yang munasabah atau situasi yang menyedihkan untuk menangis secara tiba-tiba .. macam aku sendiri la kan .. tak ade sbb munasabah tengah duk msg gelak-gelak tetibe boleh rase sedih .. hahahha
MARAH TAK TENTU PASAL ni pun salah satu punca kenapa kaum lelaki susah sikit nak paham situasi perempuan.. heh e..Perempuan akan rase cepat marah ketika datang bulan dan akan selalu salahkan org lain bile kekalutan situasi berlaku .. kalau perempuan yg sedang period tersadung kaki sendiri lalu jatuh tergolek, silap-silap pakcik yg meniaga cendol dkt tepi jalan tu pun boleh kena marah .. padahal pakcik tu takde sangkut-paut pun dengan kejadian tadi .. sabar jela dengan perempuan .. hahahha .. macam aku ditambah pulak dgn sakit senggugut mmg tak menentu la emosi aku .. benda kecik pun boleh terasa hati .. kadang-kadang benda tak logik pun jadi nak marah,, kalau boleh memang aku taknak benda ni berlaku .. aku pun tak mintak jadi ..
OTAK SENTIASA FIKIR NEGATIF atau dgn kata lain, menjadi paranoid .. Time-time macam ni la perempuan selalu merasakan diri mereka tak cukup bagus, rasa takut, dan terlalu fokus serta senang terpengaruh dgn pandangan org sekeliling trhdp diri .. YES! .. betul .. totaly time period aku rasa camtu .. rasa macam diri aku tak bagus, rasa macam aku tak layak untuk seseorang .. rasa takut kehilangan, rasa macam seseorang dh tak sayang aku, rasa macam seseorang banding-bandingkan aku dgn perempuan lain .. SEE !! sampai camtu pikir yg tak masuk akal .. hahaha ..time ni lah nak perhatian lebih .. nak manja-manja, pujuk-pujuk..itu lah perempuan .. tp masalahnya pasangan kita tu lelaki ! haha .. lelaki dorang punyai EGO yg tinggi hal remeh temeh ni bkn dorang nak layan sgt pun .. kalau jadi lelaki senang je .. pujuk jela ..buat ayat-ayat romantik skt tunjuk yg betul2 syg .. perempuan nak perhatian lebih je .. tu je sebenarnya :p .. alaa ...bkn nak kena keluar duit pun .. modal air liur je pun kannn .. hehe ..
SELALU LAPAR tp makan tak pernah rase kenyang .. kejadian sebegitu berlaku adalah disebabkan kekosongan jiwa, bukan kekosongan perot .. So, kene kaji balik faktor kenapa rase lapar dan moga-moga anda tak menzalimi perut sendiri sampai jatuh sakit ..
HORMON PENGARUHI WANITA
Thursday, December 19, 2013
FOR GIRL ONLY
JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yg anda kenali sebagai seorang yg sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba .. perubahan ini mgkn menyebabkn mereka mnjdi seorang yg begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya .. tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini .. hakikatnya ialah bkn mudah menjadi seorang wanita .. namun, inilah yg harus dilalui oleh wanita dlm meniti setiap fasa kehidupan mereka.
Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yg harus dilalui oleh seseorang wanita .. andai kurang persediaan dan pengetahuan mengenai setiap fasa perubahan ini, banyak masalah boleh timbul .. masalah bukan saja dihadapi oleh wanita terbabit, malah kepada orang yang rapat dengan mereka.
Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tak
disedari oleh ramai wanita .. sebaliknya, lebih byk dikesan oleh mereka yg rapat dgn wanita terutama pasangan mereka.
Menurut beliau, salah satu aspek yg mungkin tak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yg berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.
``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.
``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca
mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.
``Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar
dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.
``Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia
boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit,''
katanya.
``Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan
mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau
mengalami kemurungan,'' ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment