Tak bermakna saya baik jika saya memberikan nasihat,
Tak bermakna saya tahu segalanya jika saya memberikan peringatan,
Tak semestinya saya sempurna jika saya selalu mengatakan kebenaran,
Tak semestinya saya hebat jika saya selalu berkongsi ilmu..
Kerana..
saya juga insan yang memerlukan nasihat daripada kalian..
Sesungguhnya saya insan yang lemah tak berdaya..
Saya juga insan yang perlukan peringatan buat diri saya..
Sesungguhnya saya insan yang mudah leka dengan kehidupan duniawi..
Saya juga insan yang tak sempurna seperti kalian...
Sesungguhnya saya insan yang mudah lupa maka peringatkan lah saya..
Saya juga insan yang masih mencari ilmu dan akhirat..
Sesungguhnya masih banyak lagi ilmu yang belum diterokai di dunia ini..
Jangan lah melihat daripada siapa yang memberikan nasihat..
tapil lihat lah dakwah yang cuba disampaikannya.....
Jangan berprasangka buruk kepada pemberi nasihat...
kerana dia juga berusaha mengingati diri nya sendiri..
Manusia itu saling memerlukan untuk mengingati antara satu sama lain..
Manusia itu perlukan sokongan & dorongan untuk sesuatu perubahan...
Jadi, berprasangka baik lah sesama kita......
Ya Allah.....
aku mohon perlindungan dari mu.....
Rasulullah SAW mengajar agar setiap orang Islam itu mendoakan saudaranya pada setiap kali bertemu dan berpisah sehinggakan para Ulamak bersepakat bahawa sebaik-baik salam itu dua kali yakni sebaik sahaja bertemu dan sejurus sebelum berpisah. Bahkan adalah amalan utama Nabi dan para sahabat bersolat, berzikir dan berdoa secara berjemaah bersama orang-orang Islam seluruhnya. Setiap kali berjemaah, yang diutamakan ialah bertemu, mengucap salam,berkenal-kenalan, doa-mendoakan, INGAT-MENGINGATI dan bersalam-salaman dengan yang saudara seagama yang tidak dikenali selain yang telah akrab bagi merapatkan dan menguatkan lagi Ukhuwah Islamiyyah.
0 comments :
Post a Comment