Sunday, January 12, 2014

BAKAL SUAMIKU


Untuk bakal imamku, bakal pemaisurimu ini mungkin seorang yg degil, ganas, kasar, manja, mengada, kuat nanges dan sebagainya .. bersabar dan tabah lah ..

andai aku adalah TULANG RUSUKMU yang telah hilang, aku berharap jika nanti Allah mempertemukan kita .. kau akan selalu membimbingku .. agar aku menjadi wanita yang solehah .. yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga .. kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan di akhirat ..

andai kau ditakdirkan kau menjadi AYAH untuk anak ku, jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita .. agar mereka menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan di akhirat .. yang boleh menjunjung tggi agama Allah ..

andai engkau DITAKDIRKAN UNTUKKU , ku harap kau boleh menjadi imam buat ku dan anak ku ..kau boleh menjadi pemimpin yang baik untuk dalam rumah tangga kita .. kau boleh mencintai aku apa adanya .. dan boleh menyikapi kekurangan ku dengan penuh kebijaksanaan .. 

dan andai aku SALAH .. tegurlah aku dengan kata-katamu dengan kelembutan dan kebijaksanaan .. 
andai aku MARAH .. belailah rambut ku dengan penuh kasih sayangmu agar marah ku boleh berrubah menjadi kelembutan ..
andai aku LUPA.. ingatlah aku dengan penuh kasih sayang agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita ..

kerana
aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku 
yang boleh membawa aku ke jalan yang di redhaiNYA
jalan yang menuju syurga bersama dirimu

~ IN SHA ALLAH .. AMIN AMIN ~

#wwuuuuu ayat aku berpuitis di malam hari .. hehe


0 comments :

 

!-- SCM Music Player http://scmplayer.net -->