Alhamdulillah...Aku bersyukur..kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba pada tahun ni .. weeeee~ Dalam masa beberapa hari lagi .. kita akan berada di dalam bulan ibadah .. yakni bulan Ramadhan :) .. oleh itu, jom kita hayati apa itu Ramadhan dan Kelebihan Bulan Ramadhan itu sendiri.
RAMADHAN BULAN IBADAH
Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!
Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi.
Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).
Diatas ni adalah sedikit perkongsian daripada artikel yang dipetik daripada http://socolatajuz.blogspot.com/ .. ia merupakan artikel yang sangat menarik bagi aku .. sangat lengkap huraian tentang bulan Ramadhan in i.. Mula-mula aku rasa macam nak jadikan artikel di atas ni dalam bentuk point .. tetapi, bila aku baca..aku rasa macam semua yg ditulis adalah penting.. Oleh itu, luangkanlah masa kita untuk membaca , memahami dan langsung beribadat pada bulan yang mulia ini..
Oleh itu, dikesempatan ini .. saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa bagi semua umat islam dan semoga anda menjalani Ramadhan kali ini dengan lebih bermakna .. SELAMAT BERIBADAH ! :)
0 comments :
Post a Comment