Tuesday, December 31, 2013

ada kalanya

ada kalanya kita ni memang perlu menangis .. kerana apa ?
kerana kita tahu bahwa hidup ini bukan hanya untuk ketawa ..

ada kalanya kita memang perlu ketawa .. kerana apa ?
kerana kita kena tahu betapa mahalnya nilai setiap air mata ..

ada kalanya kita perlu berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita .. kerana apa ?
kerana merekalah mengajar kita erti tabah dalam hidup ..

ada kalanya kita perlu berterima kasih pada orang yang tidak mengendahkan kita .. kerana apa ?
kerana merekalah yang mengajar kita erti berdikari dalam kehidupan ..

ada kalanya kita perlu berterima kasih pada orang yang menjatuhkan kita .. kerana apa ?
kerana merekalah yang memeperhebatkan kita ..

ada kalanya juga kita perlu berterima kasih pada orang yang menyiksa kita .. kerana apa ?
kerana merekalah yang mengajar kita tentang kesabaran dan kekuatan ..

hidup adalah tentang menghindari rasa dendam .. iri hati .. kesombongan .. pentingkan diri sendri .. dan kepercayaan .. hidup juga tentang menghargai orang di sekeliling kita kerana dirinya sendri bukan kerana apa yang dimilikinya ..

0 comments :

 

!-- SCM Music Player http://scmplayer.net -->