kepada bf anak aku ..
PERATURAN 1 : kau jangan nak mengada ngada cuit muit anak aku .. tak kira di belakang aku atau di hadapan aku apatah lagi di khalayak awam atau di tempat sunyi .. aku tak larang kau pandang anak dara aku tapi kau kena jaga mata kau tuh .. kau hanya pandang dia tak lebih dari paras leher .. kalau kau tak boleh jaga tangan kau kau dari pegang anak aku and kau tak boleh jaga mata kau daripada merayau entah ke mana .. aku boleh tolong cabutkan tangan kau dan jadikan pengorek pasu bunga aku .. dan mata kau tuh aku bagi ikan dalam kolam makan ..
PERATURAN 2 : aku tahu fesyen budak sekarang ni rambut kasi terpacak dan dan tegak keras semacam je .. tak pon ala korean yang menutup mata .. plus fesyen sekarang suka pkai seluar londeh sampai nampak boxer dan spender kau .. tapi masa kau berDATING dengan anak aku .. pastikan rambut kau tuh kemas dan cantik .. barulah serupa orang sikit .. dan seluar kau tuh tak londeh .. kalau tak aku kasi STAPLER GUN untuk lekatkan seluar kau dekat pinggang .. baru kau tahu sakit ke tak kena stapler ..
PERATURAN 3 : kononlah kau nak berkenalan dan berbaik dengan aku a.k.a aku ni BAKAL CALON MAK MERTUA kau .. aku tak kisah semua tuh .. pandai2 lah kau nak amek hati aku macam mana .. apa yang aku nak tahu .. bila kau minta izin nak keluar dengan anak aku .. kau mestilah beradab .. dan kau mesti janjikan awal untuk hantar anak aku pulang rumah .. kalau takkkk .. kau yang akan aku HANTAR AWAL ke RUMAH TIANG DUA tuh .. kau faham ..
PERATURAN 4 : kalau kau rasa kau hensem atau bajet hensem dekat tempat kau ke apa .. aku ta kisah sebab tuh mungkin kelebihan kau .. tapi bila kau dah COUPLE dengan anak aku .. jangan sesekali kau cuba cari perempuan lain dan menduakan anak aku selagi anak aku ni awek kau .. bila anak aku cakap break off .. barulahh kau boleh menggatal .. dan jika kau buat anak aku menangis sebab perkara bodoh yang kau buat .. aku akan buat kau menaangis DUA KALI ganda pulak okay ..
PERATURAN 5 : ni paling penting dari yang terpenting .. aku nak ingatkan kau .. jangan sesekali berani2 nak bohong aku .. sebab aku benci penipu .. kalau aku tahu kau menipu .. aku terus REJECT ! walaupun aku ni suri rumah sepenuh masa tapi aku tahu apa yang kau buat dekat anak aku taw .. aku ada feel yang kuat pada anak aku .. kalau aku tanya kau nak pergi mana .. dengan siapa lagi yang join korang .. kau ada satu peluang je iaitu bercakapa benar .. tiada yang benar melainkan benar belaka ..
-
-
-
-
kalau kau rasa dah ikot semua peraturan dekat atas , jangan kau confirm sangat dapat jadi menantu aku .. kau baca yang bawah ni pulak .. kalau kau dah memilikinya baru lah CONFIRM aku ambil sebagai menatu .. memang aku cerewet tapi ini untuk kebahagiaan anak aku .. bila kau dah berkeluarga nanti barulah kau faham betapa beratnya tugas menjadi seorang MAK ..
ADA AGAMA - aku tak minta pon bakal suami anak aku ni ulama ke apa .. tapi cukup sekadar kau beragama dan dapat membimbing anak aku untuk mengajar kebahagiaan di dunia dan akhirat .. tapi kalau agama kau pon goyang .. jangan sesekali ajar agama anak aku goyang ..
ADA HARTA - aku tak minta menantu aku kaya raya .. duit berkepuk-kepuk dan duit menimbun .. kalau kaya pon tape tapi cukuplah sekadar kau mampu beli keperluan asas anak aku dan maybe cucu aku nanti .. jangan kau berani bagi anak aku kebulur tahu tak ..
ADA RUPA - aku tak minta kau hensem gila-gila .. hensem mcm model2 yang bersepah atas pentas tuhh tapi cukuplah sekadar mata aku dan anak dara aku sedap memandang .. tapi jangan kau fikir kau ada rupa boleh permainkan hati anak dara aku ..
~ MAK MERTUA ~
0 comments :
Post a Comment