" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu
kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri
mereka" AR-Ra'd 13:11
Maksudnya, Allah tidak akan mengubah nasib kita, hidup kita
and everything pasal kita KECUALI diri kita sendiri yang mau berubah dan
membenarkan perubahan kita. Seteruk mana pun kita, mustahil tiada langsung rasa
mau berubah menjadi yang lebih baik, mau berubah menjadi hamba Allah yang
terbaik, menjadi soleh/solehah.. Mustahil tiada.. Dalam hati setiap manusia,
tidak kira baik atau kurang baik, memang ada perasaan mau berubah. Cuma, yang
membezakan perubahan itu ialah keinginan untuk berubah tu. Kalau keinginan
tinggi, maka tidak kira macam mana pun dia try berubah. Tapi kalau keinginan
untuk berubah tu rendah, mungkin bawah 40%, susah sikit la.. Saya tidak dapat
judge atau cakap lebih-lebih pasal perubahan ni sebab saya sendiri dalam proses
membaiki diri sendiri. Banyak kali juga la saya cuba untuk berubah tapi sekadar
gitu-gitu ja. Only for a few weeks then turuuun balik semangat.
But that is normal for some of us. Ada orang, nasihat orang
secara terus & seakan-akan tidak memahami hati dan perasaan orang tu sebab
dia tidak pernah mengalami apa yang kita alami. & sometimes, ada yang
direct judge and punish orang ikut suka dia ja. No, we cannot be like that.
Peringatan untuk diri saya sendiri juga. Mungkin sekarang kita rasa dia lebih
teruk dari kita, tapi kita tidak tau mungkin suatu hari nanti dia lebih baik
dari kita.. Manusia berbeza sifat dan pendapat. Ada yang berubah sebaik sahaja
mendengar ceramah agama, ada yang berubah setelah berkali-kali mendengar
ceramah agama, ada juga yang berubah setelah di beri ujian/musibah.. Ujian
& musibah ni, contohnya kehilangan salah satu ahli keluarga, gagal dalam
kerjaya & semua benda yang berkaitan kasih sayang dan duniawi la.
Tapi still, kita tidak boleh cakap
"nanti-nantilah.." "belum dapat hidayah" blablabla.. Manada
belum dapat hidayah.. Lahir sebagai orang ISLAM adalah nikmat dan boleh
dikatakan sebagai hidayah la.. Kita yang sepatutnya berusaha agar hidayah tu
masuk. Kita boleh kaitkan dengan belajar.. Kita ada sedikit ilmu pengetahuan,
kalau kita belajar, lebih banyak yang kita dapat, lebih banyak yang kita tau..
Kalau kita hanya berpegang dengan ilmu pengetahuan itu ja, alamatnya memang
ituu ja la sampai bila-bila.. Pernahkah ternampak orang bertudung labuh, atau
orang bersolat, atau orang yang berpakaian menutup aurat sepenuhnya? Pernah
kan? Dan pernahkah terlintas dalam hati "aku mau jadi macam dia suatu hari
nanti.." atau "cantiknya dia macam tu.." Pernah? Or just
"tidak panas ka dia pakai macam tu? Sengsaranya blablabla.." Well,
bukan itu salah satu cara untuk kita berubah ka? Actually bukan berubah,
KEMBALI KE JALAN-NYA.
Samada kita teruk atau tidak, sentiasa la simpan niat dalam
hati, "aku mau jadi lebih baik" sebab hidup bukan selamanya dan kita
tidak tau pun bila ajal kita.. Kita langsung tidak tau sebanyak mana pahala
kita, dosa kita.. Orang yang buat dosa, tidak sedar akan dosa dia. Malah rasa
diri suci. Kekadang ada orang "pakai tudung ja tapi perangai...
eishh" tapi dia tidak sedar, sekurang-kurangnya orang yang memakai tudung
tu dapat pahala sebab melaksanakan perintah Allah.. Tapi yang tengah bercakap
tu, pakai tudung pun tidak, solat pun tidak, doa pun tidak, macamana mau
samakan diri dia dengan yang bertudung? Ada juga orang yang sentiasa menutur
kata "bismillah" before buat apa-apa walaupun dia tidak solat, tutup
aurat dan pakai tudung.. Sebenarnya, biar apapun, orang tu lebih baik
berbanding mereka yang solat tidak, tutup aurat tidak, pakai tudung lagi la
tidak, doa pun ntah ke mana, bismillah pun tidak pernah ucap dari dulu lagi dan
apa yang keluar dari mulut dorang hanya kata makian.. Orang macam tu baru boleh
di katakan sebagai orang yang betul-betul corrupted..
But then, siapalah kita untuk menghukum orang.. Tugas sesama
islam hanya menasihati, tapi mengklasifikasikan orang hati hitam/hati jahat dan
sebagainya tu, kita tiada hak.. For example, A cakap "si fulan cakap kalau
ko lari, mustahil ko menang" then B balas "eh, jahat hati kan si
fulan tu". No, no, no. Kita x boleh macam tu. Kita tidak tau pun niat dia
cakap macam tu..Bersangka baik la dalam
apapa yang kita buat..
0 comments :
Post a Comment